Cerita ArtisHiburan

Ummi Nazeera Selamat Melahirkan Anak Kedua, Alami Demam Panas Sekejap Ketika Di Bilik Bersalin

Pelakon popular Ummi Nazeera mengumumkan telah selamat melahirkan anak kedua pada 2 Jun lalu.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram, Ummi menyatakan dia melahirkan seorang cahaya mata perempuan secara normal.

“Alhamdulillah Ummi dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun yang lalu di @andorrahospitalofficial.

“Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.32 kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat,” kongsinya.

Menulis lebih lanjut ketika melahirkan anak, pelakon berkenaan menyatakan dia telah mengalami demam panas buat seketika,

“Walaupun Ummi demam panas sekejap dengan suhu 38.3 Celsius semasa in labor.

“Syukur sangat semuanya selamat. Doakan agar anak2 kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doa2 kan ya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button