• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Upiak Luah Rasa Terkilan, Lucinta Luna Hina Dirinya Hodoh

Penyanyi asal Indonesia yang mencipta nama di Malaysia, Upiak meluahkan rasa terkilan terhadap Lucinta Luna yang menghina dirinya menerusi satu video perbualannya bersama Datuk Seri Aliff Syukri.

Upiak menerusi Instagramnya berkata, selebriti transgender itu mengatakan dirinya tidak menyukai Upiak kerana beranggapan dia seorang wanita yang jelek (hodoh).

“Saya baru melihat videonya dan mendengar sendiri dia sepertinya jijik melihat Upiak. Sebetulnya kalay dia merasa sebagai puteri bangsawan dia tidak pantas menghina rakyat jelata seperti saya.

“Cuma kalau dia berkata apa yang hebatnya Upiak, mari kita sama-sama menyanyi. Kalau soal kecantikan, dia memang lebih cantik, tetapi kalau ke Thailand saya buat show di sana dan bukan buat pembedahan plastik,” luahnya.

Penyanyi berkenaan telah memuat naik satu video perbualan antara Lucinta dan Aliff, di mana selebriti itu secara terang-terangan mengatakan Upiak seorang yang jelek dan tidak menyukai penyanyi itu.

Lucinta juga berkata dia mahu bergandingan dengan penyanyi yang cantik seperti ratu dan mengatakan Upiak tidak sesuai bergandingan dengan dirinya.

Dalam pada itu, Upiak juga berkata dia terkejut dengan sikap Lucinta kerana ketika mereka bertemu semuanya kelihatan baik dan tidak menyangka dia telah dihina sebegitu rupa.

“Hati-hati kalau anda rasa seorang yang cantik, kaya-raya dan glamor, harap etika perbualannya diperbaiki agar menambah nilai sebagai ‘wanita’ Indonesia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend