Cerita ArtisHiburan

Uqasha Senrose Enggan Ulas, Dah Lali Dikritik Tampil Seksi

Penampilan Uqasha Senrose di Anugerah Meletop Era 2018 (AME2018) yang berlangsung baru-baru ini sekali lagi mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen apabila ramai mengatakan gaun biru yang dipakainya itu agak seksi.

Meskipun tidak menafikan gaun yang digayakannya itu kelihatan seksi, namun pelakon itu berkata ,dia sudah lali dengan komen-komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

“Saya tidak nafikan baju itu sedikit seksi, tapi saya sudah lali dicemuh netizen.

“Saya biarkan sahaja gambar yang dimuat naik di Instagram dan tidak akan sekat mana-mana pihak yang mengkritik,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Sewaktu acara AME 2018 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad lalu, dress biru gelap yang diperagakannya itu menarik perhatian ramai apabila terdedah di bahagian dada sehingga menampakkan lurah.

Malah, apabila gambarnya yang memakai busana rekaan Arma Couture itu dimuat naik di laman sosial Instagram, ia turut mendapat kecaman netizen.

Pada malam anugerah itu, Uqasha hadir ditemani sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button