Cerita ArtisHiburan

“Ustaz ‘Glamor’ Perlu Sedia Berhadapan Kisah Peribadi Dibongkar” – Zul Handy Black

Sejak kebelakangan ini, kisah-kisah peribadi yang melibatkan golongan pendakwah atau ustaz ‘glamor’ terutama mengenai rumah tangga sering menjadi perhatian.

Bagaimanapun, penyanyi dan pelakon Zul Handy Black yang kini merupakan seorang pendakwah menyatakan itu yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar ustaz ‘glamor’ ini.

“Dahulu ketika menjadi artis memang sudah jadi kebiasaan apabila kisah peribadi dikorek, termasuk membabitkan hal rumah tangga.

“Jadi, apabila golongan pendakwah pun sudah masuk dalam dunia glamor dan dikenali ramai, sudah tentu hal-hal sebegini tidak dapat dielakkan,” katanya.

Dia berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui sewaktu sesi mempromosikan filem Superbike The Movie lakonannya yang masih ditayangkan di saluran Astro First.

Menurut Zul, jika dahulu golongan yang bergelar ustaz agak ‘low profile’, kini kebanyakannya sudah semakin terkenal menerusi penampilan mereka di media sehingga menjadi popular.

“Mereka perlu berhadapan dengan perkara-perkara sebegini, meskipun ia melibatkan isu peribadi seperti rumah tangga dan itu risiko dan cabaran yang perlu dihadapi.

“Tidak dinafikan ia ada sedikit memberi kesan, namun ia terpulang kepada persepsi masyarakat. Lagipun apa yang berlaku itu adalah lumrah dan fitrah seorang manusia.

“Cuma disebabkan gelaran ‘ustaz’ itu, ada segelintir yang mempersoalkannya. Sedangkan manusia biasa pun akan turut berhadapan dengan isu yang sama,” jelasnya.

> Baca: Elak Kena Banned, Anak Jamal Abdillah Tidak Guna Nama Osama

Dalam pada itu, mengenai perkembangan kehidupannya, Zul memberitahu sehingga kini dia masih lagi aktif dalam kerja-kerja dakwah.

Menurutnya, karier utamanya sekarang ini adalah sebagai penceramah dan pendakwah yang lebih kepada memberi motivasi kepada masyarakat.

“Tawaran berlakon pun memang dapat, sampaikan ada pengarah dan penerbit yang sanggup tawarkan watak sebagai ustaz yang bersesuain dengan kehidupan sekarang.

“Cuma buat masa ini saya masih belum bersedia dan mahu beri ruang kepada pelakon yang lebih bersedia. Namun, saya tidaklah 100 peratus meninggalkan bidang lakonan,” jelasnya.

Menurutnya, sekarang ini juga dia masih aktif menyanyi bersama Assalam Buskers dengan membuat persembahan lagu-lagu dakwah dan ketuhanan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button