Cerita ArtisHiburan

Ustaz Nazrey Johani Tampil Kelainan Dalam Single Iman Baru

Berkonsepkan muzik nasyid pop moden, bekas ahli kumpulan Raihan, Ustaz Nazrey Johani tampil kelainan menerusi single baharunya, Iman Baru.

Menggunakan khidmat pemuzik Monoloque atau Loque, Iman Baru memberi nafas segar dalam penerbitan lagu berunsur dakwah apabila menyelitkan alunan muzik moden dalam karya tersebut.

Penghasilan single ini dibuat dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Pahang yang diwakili Datuk Farid bagi mengumpul dana untuk pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.

Mengenai pemilihan Loque sebagai komposer bagi single terbaharunya, Nazrey berkata dia menyukai hasil kerja ahli kumpulan Butterfingers itu yang disifatkannya cukup unik dan tersendiri.

“Sebelum ini saya juga ada mendengar lagu-lagu Loque dan apa yang saya suka mengenai dia ialah Loque suka ketengahkan perkara yang orang lain tak akan buat. Mungkin bagi dia, sifat tradisi Melayu itu sendiri adalah lembut dan mungkin kita banyak lupakan jati diri kita jadi dari situ dia mengetengahkan siapa diri kita,” katanya.

Sementara itu, Loque menyifatkan kerjasamanya dengan Nazrey suatu pengalaman yang sangat berharga apabila dia dapat mencipta sebuah lagu berunsur ketuhanan dan dakwah.

“Saya teruja kerana dapat bekerjasama dengan salah seorang lagenda nasyid tanah akhir tapi pada masa sama, agak terkesima kerana berpeluang untuk mencorakkan lagu-lagu nasyid dengan cap mohor Monoloque itu sendiri serta mempelbagaikan irama nasyid,” ujarnya.

Iman Baru kini sudah boleh didengarkan menerusi gedung-gedung digital seperti Spotify, Apple Music, Joox dan Kkbox. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button