• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Victoria Beckham Akui Dirinya Bukan Seorang Wanita Cantik

Semenjak menganggotai kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham sememangnya dikenali sebagai salah seorang selebriti yang selalu tampil cantik dan bergaya, seiring dengan fesyennya yang sering menjadi ikutan peminat.

Selain bergelar selebriti ternama, Victoria juga kelihatan sangat berjaya sebagai pereka fesyen dan isteri kepada David Beckham ini juga dikagumi kerana berhasil menjalankan tugas sebagai seorang ibu, meskipun sibuk dengan kerjaya.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan tersebut, Victoria mengakui dirinya masih banyak lagi kekurangan sama ada sebagai seorang ibu, isteri dan selebriti.

Dalam satu wawancara bersama majalah Harper’s Bazaar, selebriti berusia 45 tahun itu juga secara terang-terangan menyatakan dirinya bukanlah seorang wanita yang cantik.

Menurutnya, dia berasa diri tidak cantik apabila jalan beriringan dengan suami. Namun, dia berusaha keras untuk memberikan penampilan terbaiknya bagi menutupi kekurangan yang ada.

“Apakah saya berasa diri ini cantik? Tidak… sama sekali tidak. Namun saya selalu berusaha memberikan penampilan yang terbaik.

“Saya selalu melihat segala kekurangan yang ada dalam diri dan tersenyum. Inilah diri saya yang sebenar dan saya sesekali tidak akan pernah mahu mengubahnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Victoria juga memberitahu dia kini berasa lebih tenang dengan kekurangan yang ada, seiring dengan pertambahan usia.

“Saya memerlukan masa yang lama untuk menyedari bahawa usia saya sekarang sudah mencecah 45 tahun, tetapi saya dapat menerima dengan hati terbuka.

“Selama ini saya sudah bekerja keras, terlihat mewah, mempunyai empat orang anak yang sangat dibanggakan dan suami yang luar biasa. Semua itu sudah cukup membahagiakan buat diri saya,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend