• FOLLOW US
Hiburan, Viral

Video Muzik Pematah Hati Cecah Satu Juta Tontonan

Muzik video terbaharu penyanyi Nabila Razali menerusi lagu Pematah Hati mencecah satu juta tontonan dalam tempoh dua hari sahaja selepas dimuat naik di laman YouTube.

Lebih membanggakan, muzik video yang menampilkan pelakon Aedy Ashraf itu sehingga kini selesa berada di tangga ke #3 carta Trending Youtube Malaysia sejak semalam.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Nabila dalam satu kenyataan berkata, dia tidak menyangka penerimaan baik terhadap muzik video itu daripada peminat dan ia kejayaan manis buat dirinya sepanjang bergelar penyanyi.

Malah, penyanyi berusia 25 tahun ini terharu dengan komen-komen positif mengenai hasil muzik video itu yang disifatkan bertaraf antarabangsa.

Nabila turut berterima kasih kepada sokongan peminat terhadap single terbaharunya itu selain memberi komen positif terhadap muzik videonya itu. Pematah Hati merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.

Dalam pada itu, Nabila berkata, muzik video Pematah Hati adalah arahan dua pemuda berasal dari Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai Storytellrs.

Cerita Nabila, dia dan pihak pengurusannya bertemu dengan Storytellrs yang kebetulan sedang menggembara di Malaysia sebelum mereka bersetuju bekerjasama menghasilkan muzik video tersebut.

Jelasnya, konsep muzik video berkenaan adalah idea daripada mereka sendiri yang berjaya memberi sentuhan bertaraf antarabangsa dan ia disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu.

Ia menjalani penggambaran di beberapa lokasi di ibu negara termasuk di Blues and Bees, The Bee dan Living Space. Selain Aedy, ia turut menampilkan selebriti dan personaliti Yaya Zahir, Syada Amzah, Adriana Adnan, Tanjung and Wanie.

Selain Youtube, Pematah Hati kini boleh dimuat turun menerusi platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, Kkbox dan Deezer. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend