
Baru-baru ini, telah viral sekeping gambar yang memaparkan Seremban terletak di Selangor dalam sebuah rancangan televisyen.
Menerusi laporan Kosmo Online, kesilapan tersebut dilakukan oleh seorang pembantu penerbit di sebuah stesen televisyen ketika menaip informasi berkenaan.
Difahamkan, kesalahan berkenaan berlaku secara tidak sengaja serta tanpa sebarang niat lain memandangkan insiden berkenaan terjadi ketika disiarkan secara langsung.
Menurut sumber, pembantu penerbit rancangan itu menerima informasi tersebut secara langsung sebelum memasukkannya ke dalam sistem untuk disiarkan.
“Panggilan itu secara langsung, pembantu penerbit yang menjawab dan menaipnya.
“Ketika dalam konti, semua tidak perasan kesalahan itu,” ujar sumber berkenaan.
Gambar berkenaan telah viral di laman sosial sehingga menerima pelbagai reaksi netizen. – KopiPlanet.com



