• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Virus Covid-19 Kini Menjangkiti Aishwarya Rai & Anak Perempuan

Setelah sehari pelakon legenda, Amitabh dan Abhishek Bachchan disahkan positif Covid-19, hari ini Aishwarya Rai dan anaknya turut disahkan positif virus berkenaan.

Aishwarya yang juga bekas ratu cantik dunia itu disahkan positif selepas bapa mertua dan suaminya itu dimasukkan di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai selepas ujian pengesahan Covid-19 mendapati dua beranak itu positif virus berkenaan.

Menteri Kesihatan Maharastra, Rajesh Tope dalam cipaan di Twitternya pada Ahad menyatakan bahawa Aishwarya dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun turut disahkan positif.

Dalam pada itu, Reuters pula melaporkan, sehingga kini masih belum ada sebarang info yang menyatakan sama ada mereka dimasukkan di hospital atau sebaliknya.

Sementara itu, kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan memberitahu, Amitabh dan Abhishek ketika ini berada dalam keadaan stabil.

Semalam, legenda perfileman Hindi, Amitabh dalam ciapannya di Twitter pada Sabtu memaklumkan dia dan anak lelakinya, Abhishek telah disahkan positif virus itu.

Menerusi hantaran itu, beliau juga meminta mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya membuat ujian saringan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend