HiburanSelebriti

Vivy Yusof Kini Bukan Lagi Ahli Lembaga Pengarah UiTM?

Selebriti dan ahli perniagaan popular, Datin Vivy Yusof kini dikatakan bukan lagi menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang disandang sejak Mei 2019.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh pihak UiTM sendiri menerusi satu posting status ucapan penghargaan di akaun Facebook rasmi universiti berkenaan.

“Terima kasih kepada Datin Vivy Yusof atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Universiti… daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Eksekutif Universiti,” ujar kenyataan tersebut.

Sebelum ini, ramai pihak yang menggesa serta satu petisyen turut dibuat supaya selebriti berkenaan supaya meletakkan jawawan kerana kenyataan beliau yang disifatkan telah merendah-rendahkan golongan B40 dan M40 yang layak menjadi penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Selain Vivy, seorang lagi rakannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan turut dikecam teruk oleh netizen ekoran perkongsian pendapat tersebut.

Namun begitu, petisyen berkenaan telah diturunkan selepas individu yang melancarkannya berkata yang perkara tersebut telah mencapai sasarannya.

Dalam pada itu, Vivy juga telah memfailkan saman fitnah terhadap seorang individu berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat Covid-19.

Saman fitnah itu difailkan terhadap Alia Najwa Hassannudin, 28, selaku defendan tunggal menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lalu.

Berdasarkan penyataan tuntutan melalui carian dalam e-filing, Vivy selaku plaintif pada 28 Mac lalu menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan antara empat usahawan berkenaan status ekonomi akibat Covid-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Datin Vivy Yusof

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button