
Penyanyi Wany Hasrita menang besar apabila memenangi tiga anugerah dalam Anugerah Digital Muzik Era 2017 (ERADMA17) yang berlangsung di Galaxy Banquet Hall malam tadi.
Wany menang tiga kategori iaitu Artis ERA Jaa TV Terbaik, Lagu Paling Lama Dalam Carta Era dan Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era menerusi lagu Di Sana Rindu, Di Sini Cinta nyanyian duet dengan Tajul.
Selain Wany, lagu Ara Johari berjudul Warkah Untukku turut memenangi Lagu Paling Lama Dalam Carta Era.
Kedua-dua lagu itu bertahan selama 39 minggu dalam segmen Carta 40 Era yang dikelolakan Nabil Ahmad.
“Saya tidak menyangka akan memenangi trofi, terima kasih kepada peminat yang telah mengundi dan menyokong saya.
“Saya akan terus memeriahkan industri dan akan muncul dengan single terbaharu berjudul Ewah Ewah selepas ini,” katanya ketika ditemui pada Anugerah Digital Muzik Era 2017 (ERADMA17) di Galaxy Banquet Hall, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pelakon Neelofa, Fatin Afeefa dan Syafiq Kyle turut membawa pulang trofi Temubual Terbaik Carta Era 40 menerusi drama hits lakonan mereka, Red Velvet.
Anugerah ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Nabila Razali, Aiman Tino, Haqiem Rusli, Fara Hazel, Achey Khai Bahar, X-Pose Band dan penyanyi Indonesia Virgoun.
Antara penyampai trofi ERADMA17 ialah Radin, Amira Othman, Jaa, Caprice, Fad, Dina, Hani Fadzil, Johan, Haniff dan Ray. Ia dihoskan Nabil Ahmad dan ia disiarkan secara langsung menerusi Facebook Era.
Ini merupakan tahun kedua penganjuran ERADMA17 dan pemenang dipilih berdasarkan undian 100 peratus daripada peminat menerusi laman www.era.je. – KopiPlanet.com
Senarai pemenang ERADMA17:
– Lagu Viral Era
Hael Husaini (Jampi)
– Temubual Terbaik Carta Era 40
Neelofa, Fatin Afeefa, Syafiq Kyle (Red Velvet).
– Artis Era Jaa TV Terbaik
Wany Hasrita
– Lagu Cover Terbaik Era
Khai Bahar (Luluh)
– Personaliti Lari Bidang Terbaik Era
Achey
– Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era
Wany Hasrita & Tajul (Di Sana Rindu, Di Sini Cinta)
– Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta Era
1. Wany Hasrita (Menahan Rindu)
2. Ara Johari (Warkah Untukku)