• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Will Smith Tenang Saat Isterinya Dilapor Curang Dengan Penyanyi Muda

Selebriti gred A, Will Smith, 52, kelihatan tenang dan bersahaja di saat rumah tangganya dilaporkan bergolak gara-gara kenyataan seorang penyanyi baharu, August Alsina yang mengaku menjalinkan hubungan terlarang dengan isteri Will, Jada Pinkett Smith.

Will dilihat sempat bersantai bermain golf sambil gambarnya dibidik paparazi dan dia seolah-olah tidak terkesan dengan gosip yang melanda perkahwinannya itu.

August, 28, sebelum ini mengakui berhubungan sulit dengan Jada, 49, malah menyatakan Will memberi keizinan di atas perkara tersebut.

Menjawab dakwaan tersebut, wakil jurucakap Jada menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dengan mengatakan ia sama sekali tidak benar. Jada akan memberikan kenyataannya berhubung dakwaan tersebut menerusi episod terbaharu program kelolaannya, Red Table Talk.

Jada diperkenalkan dengan August oleh anak lelakinya, Jaden pada 2015.

“Saya ada berborak dengan Will sebelum ini dan dia ada mengatakan hubungannya dengan Jada sudah hilang momen-momen romantis dan ketika itulah dia memberikan saya keizinan (untuk berhubungan dengan Jada).

“Saya sepenuh hati mencintai Jada sampaikan ke tahap saya sanggup mati deminya. Saya sedar pengakuan ini amat sukar untuk difahami orang lain tapi saya harus berterus-terang tentang kebenaran hubungan kami,” kata August memetik program bual bicara The Breakfast Club.

Will dan Jada berkahwin pada 1997 dan mempunyai dua anak iaitu Jaden, 22, dan Willow, 20. Will juga mempunyai seorang anak lelaki, Trey, 28, hasil perkahwinan terdahulu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend