AntarabangsaHollywood

Will Smith Ucap Ulang Tahun Kelahiran Kepada Bekas Isteri

Selama ini umum sudah mengetahui bahawa aktor popular Hollywood Will Smith memiliki seorang isteri bernama Jada Pinkett-Smith.

Bagaimanapun, ada juga segenlintir peminat aktor itu yang tahu bahawa Will pernah mendirikan rumah tangga dengan Sheree Zampino dan dikurniakan seorang anak iaitu Trey Smith.

Menariknya, baru-baru ini Will telah memberikan ucapan ulang tahun kelahiran buat bekas isterinya itu menerusi laman sosial Instagram.

“Selamat ulang tahun kelahiran Sheree Zampino. #BestBabyMamaEver! I love you, Ree-Ree,” tulisnya dengan memuatnaik gambar throwback mereka bertiga dahulu.

Dalam gambar yang dimuat naik itu, Will dan Sheree @ Ree-ree mendukung anak mereka iaitu Trey Smith. Anak sulung Will itu kini sudah berusia 26 tahun.

Biarpun Will dan Sheree sudah lama berpisah, namun hubungan yang terjalin antara aktor berkenaan dengan anak sulungnya itu masih tetap baik. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button