
Selebriti popular, Ahmad Iqbal Zulkefli menyatakan dia tidak sedar apabila ada orang awam yang telah merakam video dirinya bertemu dengan sekumpulan mak nyah.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya, Iqbal tidak menafikan bahawa individu dalam video tersebut yang menjadi viral adalah dirinya.
“Tentang tular di TikTok ratusan ribu menonton video saya dengan ‘mak nyah’.
“Ya… itu memang saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, selebriti itu juga memaklumkan dia akan melayan semua orang tanpa mengira siapa pun.
“Memang begitu, saya layan semua. Siapa pun. Maaf atas keberadaan saya di tempat tersebut telah menimbulkan sekali lagi ‘kekeliruan’,” ujarnya. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
+1
+1
1
+1
1
+1
2
+1
1