AntarabangsaKpop

YooA Tak Tahan Perintah Berkurung Dilaksana Agensi Pengurusan

Ahli kumpulan Oh My Girl, YooA membuat pendedahan mengejutkan mengenai agensi pengurusannya WM Entertainment yang dikatakan telah membuat perintah berkurung kepada setiap artis yang berada di bawah naungan mereka.

YooA membuat pendedahan itu semasa menjadi tetamu program hiburan Idol Room, baru-baru ini.

“Dengar sini WM! Saya nak beritahu yang anda tidak masuk akal untuk memerintah saya pulang ke rumah pada jam 11:30 malam. Umur saya 24 tahun, saya bukan kanak-kanak lagi. Saya juga ada hak (untuk keluar malam),” ujarnya.

Selain YooA, episod Idol Room itu turut menampilkan artis seperti Sowon GFRIEND, Kim Chuang Ha, Bona Girls Cosmic dan Ahn Ji Young sebagai tetamu jemputan.

Oh My Girl yang dianggotai YooA, Hyojung, Mimi, Seunghee, Jiho, Binnie and Arin. Pada asalnya kumpulan ini dianggotai oleh lapan ahli, namun JinE telah mengambil keputusan meninggalkan Oh My Girl pada Oktober 2017 kerana mengalami masalah kesihatan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button