DramaTV

Zahiril Adzim Teruja Bawakan Watak Ustaz Dalam Drama ‘Bapa Mentuaku Mafia’

Berilah watak apa pun kepada Zahiril Adzim. Kita akan terbawa dengan mempercayai watak itu dibawa dan dipandu dengan cemerlang.

Setelah mengeletek khalayak dengan watak Amir Daniel dalam filem Libang Libu dan mendapat reaksi penonton dengan positif, kali ini Zahiril membawa kelainan dalam perjalanan karakter lakonannya.

Zahiril diberi tugas oleh Afiza Asram selaku pengarah untuk membawakan sebuah ‘takdir’ baru. ‘Takdir’ yang dimaksudkan itu ialah Ustaz Takdir, watak yang dibawakan dalan drama Bapa Mentuaku Mafia yang ditayangkan

“Saya membawakan karakter sebagai Ustaz Takdir. Cerita dan karakter ini lawak. Tetapi sebenarnya saya orang yang serius. Dalam hidup saya, saya tidak pernah buat lawak.

“Karakter ini sangat menarik dan saya sangat teruja untuk membawakan watak ini. Satu karakter ustaz yang santai serta easy going serta kelakar,” jelasnya.

Ujarnya lagi watak Takdir merupakan seorang ustaz yang lain dari ustaz yang diimaginasikan oleh penonton. Seorang ustaz yang tidak klise.

“Kita bayangkan ustaz berpewatakan begini tetapi sebenarnya lain. Tidak salah pun. Malah zaman ini, ustaz muda sekarang membawakan karakter yang lebih dekat dengan anak muda.

“Bagi menarik perhatian anak muda, ustaz kena perwatakan begitu. Saya harap saya dapat bawa watak Ustaz ni dengan baik sebab bapa mentua saya pun mafia,” kata Zahiril yang seronok bergandingan bersama Siti Hariessa, untuk drama ini.

Drama ini turut menampilkan Dato’ Razak Ahmad, Auni Yusri, Nafiez Zaidi, Shweta Shekon, Aishah Atan dan Haeriyanto Hassan.

Bila diusik tentang menahan latah dalam dunia realiti, ujar Zahiril tenang dalam seloroh.

“Saya tidak melatah. Itu semua hanyalah hikayat rakyat. Dongeng. Jangan percaya. Walau ada bukti nyata kukuh, itu tetap dongeng,” terang ustaz yang bakal disayangi ramai ini.

Drama Bapa Mentuaku Mafia mula ditayangkan pada 13 Mei 2026 di Astro Ria setiap hari Rabu dan Khamis pada pukul 9.00 malam.

Ustaz Takdir merupakan ustaz bertauliah yang dikenali kerana kelakar dan bijak, tinggal bersama ibunya selepas kematian ayah semasa zaman sekolah.

Pada awalnya, dia setia dengan cinta Murni tetapi kemudian menerima perkahwinan yang diatur dengan Melissa apabila ketua mafia Zack memaksa Takdir berkahwin dengan anaknya kerana dia mahu Takdir mengubah kehidupan mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button