• FOLLOW US
Event, Hiburan

Zamani, Ameng Meriahkan Konsert Kenang Jasa Rosli Mohalim

Bagi menghargai dan mengenang jasa pemain gitar utama kumpulan rock terkenal Sweet Charity iaitu Rosli Mohalim sudah lebih 40 tahun berada dalam industri hiburan, sebuah Konsert The Legend 40 Tahun Rosli Mohalim bakal diadakan pada 29 November ini.

Konsert yang dianjurkan oleh Semangat Zaman Muzik dengan sokongan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) itu akan diadakan di Panggung Asia, Gombak bermula jam 9 malam.

Sebanyak 17 buah lagu akan dipersembahkan oleh tujuh penyanyi yang diundang seperti Zamani Slam, Yabang Khalifah, Ameng Spring, Yazz Abdullah, Ammy Fara dan Zetty Rashid.

Setiap persembahan itu akan disertai dengan petikan gitar emas daripada Rosli sendiri. Pada konsert ini juga, sebanyak empat buah lagu baharu ciptaan Rosli akan diperdengarkan buat pertama kali kepada penonton.

Antara lagu-lagu hits yang bakal diperdendangkan pada malam itu ialah Teratai, Kamelia, Sejuta Wajah, Jangan Tunggu Lama-Lama, Aku Ingin Berkata dan Mawar Merah. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend