
Zarina Anjoulie Beri Amaran Keras Terhadap Wanita Yang Mahu Menggatal & Kikis Duit Kekasihnya
Pelakon dan selebriti popular, Zarina Anjoulie memberi amaran keras terhadap wanita yang mahu mengikis duit kekasihnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.
Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.
“Let the drama begin pada pompuan puan lain yg acah2 tak nk laki kaya korang boleh dah kot stop nk minta duit kat bf saya ye …. ZETY MAZLAN salah sorang.
“So sebelum aku screenshot n post s satu satu minah yg berangan nk jadi datin ni baik korang sedar diri n stop la nk menggatal dgn dia . duit dia untk aku sorang je k bye,” jelasnya.
Sebelum ini, Zarina dan Khazrul pernah mengikat tali pertunangan pada Januari lalu, namun mengambil keputusan untuk memutuskannya beberapa minggu kemudian.
Bagaimanapun, baru-baru ini hubungan mereka kini dilihat kembali mesra menerusi perkongsian video kemesraan mereka di TikTok. – KopiPlanet.com
