AntarabangsaHollywood

Zayn Malik & Gigi Hadid Sambut Kelahiran Bayi Perempuan

Penyanyi Zayn Malik dan teman wanitanya, supermodel Gigi Hadid selamat menimang cahaya mata perempuan pada malam Rabu.

Khabar gembira itu diumumkan Zayn, 27, menerusi laman Twitternya, “Anak perempuan kami selamat dilahirkan, sihat dan cantik. Sukar untuk saya jelaskan perasaan saya pada ketika ini. Rasa sayang saya pada si kecil ini sukar untuk diterjemahkan. Saya gembira dengan kelahiran puteri saya serta bersyukur dengan kehidupan mendatang yang akan kami jalani bersama.”

Kenyataan Zayn itu turut disusuli dengan perkongsian gambar anaknya menggenggam tangan penyanyi itu.

Bekas ahli kumpulan One Direction itu mula berpacaran dengan Gigi, 25, sejak lima tahun lalu. Mereka berkenalan pada majlis peragaan Victoria’s Secret 2015 sebelum Zayn kemudiannya mengambil langkah pertama dengan mengajak Gigi keluar bertemu janji selepas itu.

“Gigi merupakan seorang wanita yang bijak dan tahu bawa diri dia. Dia juga seorang yang sangat yakin serta tidak sombong, itu yang membuatkan dia seorang yang ‘cool’ bagi saya,” kata Zayn ketika ditanya media mengenai ciri-ciri yang ada pada kekasihnya sehingga membuatkan dia jatuh cinta. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button