
Zayn Malik Pertahan Taylor Swift
Penyanyi Zayn Malik tampil mempertahankan Taylor Swift yang teruk dikecam peminat apabila muzik video terbaharunya dikatakan meniru muzik video lagu Beyonce, Formation.
Peminat antarabangsa mengecam video muzik lagu Look What You Made Me Do yang dipercayai meniru konsep klip video Beyonce sebelum ini.
Zayn yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Taylor menerusi lagu soundtrack filem Fifty Shades Darker, I Don’t Wanna Live Forever mengatakan penyanyi itu tidak sepatutnya menerima kritikan dan kecaman daripada para peminat dan netizen.
Menurut bekas ahli One Direction itu seperti yang dipetik laman Fader, Taylor merupakan rakan artis yang sangat profesional dan dia berhak menerima kejayaan atas hasil kerja kerasnya selama ini.
“Saya menilai Taylor dari sudut artis, saya rasa dia sangat kool. Dia menjadi sangat berjaya sebab dia memang layak kerana telah bekerja keras selama ini.
“Itu apa yang saya lihat pada Taylor,” katanya yang membidas tindakan segelintir netizen yang gemar mengkritik penyanyi wanita berusia 28 tahun itu.
Pengkritik sebelum ini mengutuk klip video single terbaharu Taylor yang dikatakan menyamai muzik video lagu Beyonce, Formation daripada beberapa sudut.
Look What You Made Me Do merupakan single terbaharu Taylor dan lagu itu telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya meraih lebih 43 juta tontonan dalam tempoh hanya 24 jam pelancarannya pada 29 Ogos lalu.
Taylor dikatakan ingin membuang imej ‘budak baik’ menerusi lagu terbaharu itu apabila muzik video itu ada diselitkan unsur perlian penyanyi wanita itu kepada bekas
teman lelakinya, Calvin Harris dan seteru muziknya, Katy Perry serta terhadap pasangan suami isteri popular, Kanye West dan Kim Kardashian West. – KopiPlanet.com