• FOLLOW US
Hiburan, Rancangan TV

Zul Huzaimy Juara All Stars Buka Panggung, Menang RM50,000

Aktor dan pengarah berbakat besar, Zul Huzaimy diumumkan sebagai juara All Stars Buka Panggung pada pentas akhir program itu yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan bintang berusia 41 tahun membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 beserta trofi.

Noorkhiriah terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan memenangi hadiah berupa wang tunai RM25,000 dan trofi.

Tempat ketiga dimenangi oleh Datuk Aaron Aziz dan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 berserta trofi. Manakala Rita Rudaini di tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

All Stars Buka Panggung merupakan program sketsa spontan bertemakan Katakan Tidak Pada Skrip yang menguji kemampuan pelakon tanah air mempersembahkan lakonan secara improvisasi tanpa menggunakan skrip.

Selain itu, rancangan ini turut memperlihatkan bakat pelakon dalam bidang nyanyian yang mana mereka perlu menyanyikan lagu yang dipilih pihak produksi.

Persembahan peserta 100 peratus ditentukan menerusi undian online penonton menerusi www.gempak.com/allstarsbukapanggung.

Persaingan di pentas akhir itu turut dimeriahkan dengan kemunculan artis undangan seperti Ropie, Ebby Yus dan Ali Puteh. Manakala Mas Idayu, Juzztin dan Nabila Razali tampil membuat persembahan nyanyian.

All Stars Buka Panggung dihoskan Ajak dan Shahrul Shiro serta diserikan dengan Seri Dewi Panggung, Erra Fazira dan ia disiarkan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (125). – KopiPlanet.com

Peratusan Undian Online:

Zul Huzaimy: 36.74%

Noorkhiriah: 21.65%

Datuk Aaron Aziz: 20.81%

Rita Rudaini: 20.80%

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend