• FOLLOW US
Event, Hiburan

10 Selebriti Asia Berentap Dalam The Amazing Sunway City Challenge

Seramai 10 selebriti media sosial terkemuka Asia telah terpilih dalam cabaran “The Amazing Sunway City Challenge”.

Wakil Malaysia iaitu Jaa Suzuran telah dipilih sebagai salah seorang peserta yang mewakili Malaysia untuk bersaing dengan sembilan lagi peserta.

“Saya berasa bertuah dipilih dan berkemungkinan saya dipilih sebagai wakil untuk Malaysia disebabkan kriteria-kriteria menarik yamg mungkin pihak penganjur lihat dalam diri saya.”

“Selain itu, saya juga akan cuba yang terbaik dan buat peserta yang lain, jaga-jaga dengan saya,” kata Jaa secara berseloroh.

Jaa ditemui pada majlis sidang media program The Amazing Sunway City Challenge yang diadakan di Sunway Resort & Spa di Subang Jaya, baru-baru ini.

Sembilan lagi peserta terdiri daripada Medyo Maldito (Filipina), RJ Abhinav (India), Michelle Joan (Indonesia), Matthew Stewart (Singapura), Ironbull (Taiwan), SorDor Style (Thailand), Gong Yi (China), Hong Yong Gee (Korea Selatan) dan Hadia Ghalebhave (Mesir).

Kesemua peserta akan melalui pelbagai cabaran aksi lasak bagi merangkul gelaran juara dengan hadiah utamanya iaitu kutipan mata Sunway Pals bernilai RM25,000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note9.

Antara cabaran yang perlu ditempuh kesemua peserta ini ialah bungee jumping, flying fox dan bertarung di ski ais Sunway Pyramid.

Episod web ini dijangka akan menjangkau lebih daripada 54 juta orang di web seluruh dunia dan empat episod web ini bakal ditayangkan pada Februari 2019.

Program ini bakal ditayangkan di SAYS.com, penyiar web rasmi Malaysia, IDN Times , ET Today, Line.tv, LUVE, platform rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend