Cerita ArtisHiburan

Dua Tahun Menyepi, Azlan Bukan Takut Kemunculan Penyanyi Baharu

Lambakan penyanyi baharu bukan menjadi penyebab vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Azlan menyepikan diri daripada industri nyanyian sejak lebih dua tahun lalu.

Menurut Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle, 38, tindakannya untuk berehat seketika adalah untuk muhasabah diri selain membuat kajian mengenai genre lagu yang disukai pendengar masa kini.

“Saya bukan merajuk dengan industri atau berasa tergugat pada penyanyi baru dan muda, cuma saya perlu berusaha mendapatkan ilham untuk lagu terbaik.

“Saya melihat perkembangan industri hiburan tanah air terutama nyanyian sangat laju dan saya harus akur dengan perubahan itu. Sekarang ada pelbagai platform digital yang muncul dan mendapat perhatian masyarakat. Justeru, saya harus akur masa yang sudah berlaku,” katanya.

Dia berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis santai bersama media yang diadakan di Damansara Perdana, semalam.

Kini bangkit dengan single terbaharu berjudul Jangan Khianati Aku, Azlan menyatakan keterujaannya di atas sambutan hangat peminat terhadap lagu tersebut yang turut menjadi OST untuk drama Pesan Pada Hati yang disiarkan di TV3 baru-baru ini.

“Kini dengan semangat dan kerjasama pasukan pengurusan baharu, Indigital Music saya muncul pertaruhkan lagu solo berjudul Jangan Khianati Aku hasil ciptaan sendiri.

“Malah, saya bersyukur lagu ini memberi impak untuk sinarkan semula kerjaya nyanyian apabila semakin mendapat perhatian pendengar,” ujarnya yang sebelum ini pernah tampil dengan band Meet Uncle Hussein.

Dalam perkembangan sama, muzik video Jangan Khianati Aku sudah mencatatkan angka tontonan lebih 1.6 juta di Youtube sekali gus membakar semangat Azlan untuk terus melangkah maju dalam kerjaya seninya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button