AntarabangsaHollywood

Jennifer Lawrence Sah Bertunang Dengan Pemilik Galeri Seni

Pelakon Jennifer Lawrence, 28, telah disahkan mengikat tali pertunangan bersama pemilik galeri seni lukis, Gladstone iaitu Cooke Maroney, baru-baru ini.

Menurut beberapa sumber, pelakon berkenaan dilihat secara terbuka memakai cincin pertunanganya ketika beriadah di sekitar bandar New York ketika tunangnya itu.

Pelakon filem Hunger Games ini dikatakan berkenalan dengan tunangnya menerusi seorang rakan baiknya yang dikenali sebagai Laura Simpson.

Terdahulu, pasangan ini telah mencetuskan khabar angin mengenai hubungan mereka pada bulan Jun tahun lalu selepas mereka dilihat mesra ketika bersiar-siar di kota Big Apple itu.

Sementara itu, berita mengenai pertunangan pelakon ini sebenarnya telah muncul sebaik sahaja Jennifer melancarkan syarikat produksinya iaitu Excellent Cadaver pada Oktober tahun lalu.

Ini bakal menjadi perkahwinan pertama untuk Jennifer yang sebelum ini dikaitkan berhubungan romantis selama lima tahun bersama bintang X-Men, Nicholas Hoult. Selain itu, dia juga pernah dikaitkan bercinta dengan pengarah Darren Aronofsky serta vokalis Coldplay, Chris Martin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button