
Khloe Kardashian Dedahkan Kecurangan Triston Thompson
Kisah cinta pasangan selebriti Khloe Kardashian dan pemain bola keranjang Triston Thompson berakhir sebaik sahaja Khloe mendedahkan kepada beberapa sumber bahawa Jordyn Woods adalah penyebabnya.
Sumber E! News telah mengesahkan bintang realiti televisyen Keeping Up With Kardashian itu dikatakan telah berpisah selama sepuluh bulan bersama Triston sebaik sahaja Khole melahirkan anak perempuan mereka iaitu True Thompsom.
Sementara itu, menurut sumber lain mengatakan Khloe dan Thompson dilihat tidak sefahaman sebaik sahaja Khloe mengetahui bekas kekasihnya itu mempunyai hubungan sulit bersama Jordyn yang juga merupakan sahabat baik Kylie Jenner.
Perkara tersebut terbongkar apabila Jordyn dan Triston bersama-sama berjumpa di sebuah parti tertutup yag diadakan di sebuah rumah di Los Angeles sepanjang minggu hari kekasih lalu dan dilihat begitu intim.
Bagaimanapun, pemain Cleveland Cavaliers tersebut mengatakan khabar angin yang tersebar itu adalah palsu menerusi tweet yang telah dipadam.
Namun demikian, Khloe dilihat tidak bersetuju dengan dakwaan Triston itu apabila dilihat mengulas berkenaan perkara terbabit bersama rakannya baiknya iaitu Malika Haqq menerusi posting Hollywood Unlocked berkenaan Jody dan Triston.
Terdahulu, Khole dan Triston mula menjalinkan hubungan mereka pada tahun 2016, tetapi pada April 2018 iaitu sebelum anak mereka lahir, Triston dikatakan telah terlibat dengan beberapa siri skandal yang mengeruhkan hubungan mereka. – KopiPlanet.com