Cerita ArtisHiburan

Ummi Nazeera Tunggu Tiga Tahun Lagi Untuk Timang Anak Kedua

Selepas rumah tangganya diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung iaitu Ayra Aneesah pada Ogos lalu, pelakon Ummi Nazeera dan suami, Dr. Mohd. Izzar Anwari Abdul Khan telah membuat perancangan untuk ‘berehat’ seketika daripada menimang cahaya mata baharu dalam tempoh tiga tahun ini.

Menurut aktres bernama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin itu, dia dan suami mempunyai sebab tersendiri untuk menangguhkan perancangan membesarkan keluarga kerana komitmen kerjaya masing-masing.

“Kali ini saya dan suami kami dah rancang untuk tidak memiliki anak kedua dalam tempoh tiga tahun. Ini kerana dia mahu menyambung pengajian dalam bidang sarjana pengkhususan dalam kesihatan awam dan tempoh pembelajarannya mungkin akan berakhir dalam tempoh tiga tahun.

“Saya pula ingin kembali aktif dalam bidang lakonan dan kerja bersungguh-sungguh. Memang diakui yang saya belum lagi boleh menjadi seorang ibu yang terbaik sebab masih lagi belajar serta ingin memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada Ayra sebelum dia dapat adik. Cuma kalau Allah berikan rezeki awal, kami terima sahaja,” katanya.

Dia berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media khas Rocketfuel Entertainment yang diadakan di The Bee, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ummi kini bernaung di bawah syarikat pengurusan tersebut yang turut menguruskan kerjaya selebriti lain seperti Zizan Razak dan Lisa Surihani.

Berkongsi lagi cerita, Ummi, 29, berkata dia kini dalam misi untuk menurunkan tiga kilogram berat badan bagi mendapatkan tubuh ideal dan sesuai dengan ketinggian dirinya.

Berat badan Ummi bertambah ketika dia melahirkan Ayra dan sehingga kini dia masih lagi meneruskan rutin senaman bagi merealisasikan impiannya itu.

“Sekarang berat saya 52 kilogram dan saya perlu turunkan lagi tiga kilogram bagi mendapatkan berat ideal iaitu 49 kilogram. Saya masih lagi teruskan rutin senaman seperti selalu selain menjaga pemakanan.

“Kalau nak capai target itu, saya perlu kena push diri untuk terus konsisten dalam penjagaan badan,” ujar pelakon filem Gol & Gincu 2 ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button