AntarabangsaKpop

Taeyeon Girls’ Generation Dedah Hidap Penyakit Kemurungan

Anggota kumpulan Girls’ Generation, Taeyeon mendedahkan dia kini mengalami kemurungan sebagai reaksinya menjawab pertanyaan peminat menerusi Instagram Stories-nya.

Taeyeon menulis, “Saya sakit sejak kebelakangan ini. Tolong faham kenapa saya dah jarang post apa-apa di media sosial. Terima kasih dan saya minta maaf. Saya janji akan lebih berkomunikasi dengan anda semua sebaik sahaja saya sembuh.

Ketika seorang peminat bertanyakan adakah dia menghidap penyakit bipolar, Taeyeon dengan tegas menbalas, “Tidak, saya kini sedang bertarung dengan kemurungan. Saya cuba untuk sembuh daripada penyakit ini dengan mengambil ubat anti-kemurungan.”

“Sama ada ia adalah kemurungan atau penyakit bipolar kita tidak boleh layan orang dengan tidak beradab. Mereka semua adalah pesakit yang sedang menderita,” luahnya lagi.

Susulan perkongsiannya itu, ramai peminat memberikan kata-kata semangat kepada selebriti berusia 30 tahun itu agar dia cepat sembuh daripada penyakitnya itu.

“Saya sangat bersyukur yang anda semua mendengar lagu-lagu saya dan sentiasa bertanya khabar tentang saya. Saya dapat kekuatn daripada anda semua setiap hari,” tulis Taeyeon sebagai menghargai sokongan peminatnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button