AntarabangsaKpop

Peminat Undi Kim Tae Hee Paling Cantik

Peminat K-Pop di China menobatkan pelakon Kim Tae Hee sebagai selebriti wanita Korea paling cantik.

Dalam satu survey yang dijalankan, peminat tempatan mengundi Tae Hee yang merupakan isteri Rain di tempat pertama diikuti bakal pengantin baharu, Song Hye Kyo, Shin Min Ah (ketiga), Suzy (keempat) dan Hyeri di tempat kelima paling cantik.

Walau bagaimanapun kebanyakan peminat tertanya-tanya kenapa ahli kumpulan Girl’s Generation YoonA tidak termasuk dalam senarai itu.

YoonA

Ini kerana YoonA sering kali tersenarai sebagai selebriti Korea yang paling cantik berdasarkan kajian yang dilakukan di negara Kimchi itu serta di negara Asia lain.

Selain YoonA juga dilihat aktif melakukan aktiviti promosi di kalangan peminat di China sehingga kehadirannya sering kali mendapat perhatian ramai penduduk di tanah besar itu. – KopiPlanet.com

 

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button