Setelah sembilan bulan terpisah, akhirnya penyanyi kelahiran Singapura dapat berjumpa dengan isteri, Bella Astillah dan anak-anaknya.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Bella menerusi sebuah video di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, reunited ❤️,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini, artis kelahiran Singapura itu tidak dapat berjumpa dengan keluarganya setelah tersekat di negara berkenaan akibat sekatan daripada memasuki Malaysia kerana Covid-19.

Sementara itu, Aliff pula meluahkan rasa syukurnya apabila akhirnya dapat bertemu dengan isteri dan anak-anaknya.
“Alhamdulillah. A much awaited reunion with the family. Undescribable moment. ❤️,” tulisnya. – KopiPlanet.com




