Pelakon popular, Elisya Sandha mendedahkan bahawa tunangnya iaitu Uzair Haqimy telah menjual lemang untuk menambahkan pendapatan.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Elisya tentang perniagaan yang diusahakan oleh Uzair.
“Salam sahur ❤️ encik tunang ada hantar @lemangketukketukramadhan untuk kita cuba tadi 😍 sedap! Korang kena try! Tak raya lah kalau tak ada lemang!!
“All the best i doakan you selalu @uzairhaqimy69 katanya nak cari duit kahwin (sweet kan? Suka buat orang touching),” tulisnya.

Ternyata rata-rata netizen turut memuji usaha yang telah dilakukan oleh Uzair yang juga anak kepada penerbit Sheila Rusly itu.
Elisya dan Uzair telah mengkat tali pertunangan pada 31 Januari lalu.




