AntarabangsaHollywood

Mr. Bean Bakal Timang Anak Lagi Di Usia 62 Tahun

Pelakon Rowan Atkinson yang sinonim dengan watak Mr. Bean dikatakan bakal menimang cahaya mata lagi di usia 62 tahun.

Teman wanitanya, Louise Ford, 33, dilaporkan sedang sarat hamil dan bakal bersalin pada hujung tahun ini.

Rowan dan Louise berkenalan empat tahun lalu selepas sama-sama terlibat dalam pementasan teater The Quatermaine’s Terms di London.

Rowan turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ben, 23, dan Lily, 21.

Pelakon British itu sebelum ini pernah berkahwin dengan jurumekap BBC, Sunetra Sastry selama 25 tahun sebelum berpisah pada 2013. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button