Cerita ArtisHiburan

Wanita China Goda Syamel Sampai Ke Bilik Tidur

Terpilih menjayakan persembahan mewakili Malaysia pada festival muzik ABU TV 2017 yang diadakan di Chengdu, China pada 1 November lalu menyimpan 1001 satu pengalaman baharu buat penyanyi Syamel.

Menurut penyanyi itu salah satu situasi yang perlu dihadapinya apabila ada seorang krew produksi wanita di Chengdu  cuba menggodanya sehingga mahu mengikut Syamel ke bilik hotelnya.

Namun Syamel menolak permintaan wanita tersebut kerana pemergiannya ke sana bukan berniat untuk menimbulkan masalah.

“Terkejut juga apabila digoda oleh krew produksi dan dia berani memberitahu mahu mengikut saya balik ke hotel.

“Ingatkan dia bergurau tetapi apabila tengok seperti lain sahaja saya pun jadi takut.

“Sudah tentu saya tolak secara baik permintaannya itu dan saya ke China bukannya hendak buat perkara bukan-bukan,” katanya ketika ditemui pada pengumuman 12 finalis Anugerah Juara Lagu 32 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam Ahad.

Dua lagu ciptaan Syamel, Lebih Sempurna dan Aku Cinta nyanyian duetnya dengan Ernie Zakri berjaya mara ke peringkat akhir AJL yang bakal diadakan Februari hadapan.

Selain pengalaman itu, Syamel juga mengatakan dia hanya makan roti dan buah-buahan sahaja selama lima hari berada di negara Komunis itu.

“Disebabkan ragu-ragu dengan penyediaan makanan mereka kerana Chengdu tiada komuniti Muslim, selama lima hari di sana, saya hanya jamah roti dan buah-buahan sahaja,” katanya.

Walaupun melalui pengalaman yang sedikit ‘menakutkan’ itu, Syamel tidak menafikan peluang membuat persembahan di China membuka ruang lagunya didengari oleh masyarakat di sana.

“Yang bagusnya orang di China ini, walaupun mereka tidak memahami bahasa kita, tapi mereka sangat menghargai karya lagu dari mana-mana negara pun. Itu yang bagusnya.

“Penyertaan saya itu sebenarnya membuka mata bahawa kita ada peluang untuk memperkenalkan muzik tempatan di luar negara,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button