AntarabangsaHollywood

Top 10 Aktor Hollywood Paling Kaya Tahun Ini

2017 hampir melabuhkan tirainya dan lambaian 2018 sudah semakin menghampiri menandakan masuknya tahun baharu.

Seperti juga industri muzik, industri perfileman turut menjadi perhatian pemerhati hiburan antarabangsa.

Antara topik yang pastinya mendapat perhatian ialah pelakon lelaki yang mana memperolehi jumlah pendapatan paling tinggi sepanjang tahun ini.

Kalau diikutkan Hollywood sememangnya menjadi pelopor perfileman di seluruh dunia dengan filem yang keluar dari sana pastinya akan memasuki carta pecah panggung kerana ditayangkan hampir di seluruh dunia.

Jadi, jom kita selidiki senarai top 10 aktor yang paling masyuk tahun ini menurut Forbes.

1. Mark Wahlberg

Bekas rapper yang kemudiannya meneruskan langkah bergelar pelakon ini merupakan pelakon meraih pendapatan paling tinggi tahun ini.

Sepanjang 12 bulan ini, Mark memperolehi pendapatan sebanyak US$68 juta (RM277 juta).

Aktor kelahiran Boston ini berjaya mendahului carta kerana filem lakonannya Transformers: The Last Knight dan Daddy’s Home 2 berjaya mencatat jualan box-office.

2. Dwayne Johnson

Walaupun sedikit terlewat memasuki dunia lakonan, namun ia sememangna satu bidang yang cukup tepat buat bekas ahli gusti ini. Memperolehi pendapatan secara kasar tahun ini sebanyak US$65 juta (RM265 juta).

Antara filem yang berjaya menyumbang kepada pendapatannya itu ialah filem Baywatch dan Jumanji yang berjaya mendapat pulangan tinggi.

3. Vin Diesel

Dengan kejayaan filem kelapan francais Fast and the Furious bergelar filem kedua terlaris pada tahun ini, tak hairanlah pelakon utamanya, Vin Diesel berjaya menjuarai top 3 aktor paling kaya.

Memperoleh pendapatan kasar US$54.5 juta (RM222 juta), Vin turut mendapat bayaran tinggi daripada filem xXx: The Return of Xander Cage selain filem Guardians of the Galaxy Vol.2.

4. Adam Sandler

Pelakon yang terkenal dengan filem-filem lawaknya, Adam Sandler mencatatkan pendapatan sebanyak US$50.5 juta (RM206 juta). Filemnya, The Ridiculous Six antara penyumbang kepada kejayaannya selain berjaya mengikat perjanjian dengan Netflix sebanyak empat filem selepas ini.

5. Jackie Chan

Raja aksi KungFu ini sememangnya menjadi pujaan peminat filem aksi lasak dari seluruh dunia. Dengan kebolehannya itu, Jackie telah berjaya mendapat pendapatan sebanyak US$49 juta (RM199 juta).

6. Robert Downey Jr.

Agak mengejutkan sedikit apabila nama Robert Downey Jr. berada di bawah tangga top 5 pada tahun ini dengan jumlah pendapatan US$48 juta (RM196 juta), namun ia masuk akal apabila dia terpaksa berkongsi pendapatan dengan rakan pelakon lain yang sama-sama terlibat dalam filem berskala besar, Captain America: Civil War.

7. Tom Cruise

Tidak dinafikan dia sememangnya seorang aktor yang serba boleh. Bagi watak romantik boleh, aksi lasak pun boleh. Dikenali ramai menerusi filem Top Gun dan francais filem Mission Impossible, Tom masih kekal pelakon paling kaya dengan meraih US$43 juta (RM175 juta) pada tahun ini.

8. Shah Rukh Khan

Raja Bollywood ini berjaya memboloskan diri dalam carta aktor paling kaya dengan mencatat pendapatan US$38 juta (RM155 juta) menerusi hasil pengiklanan dan menjadi duta beberapa produk di negara kelahirannya, India.

9.  Salman Khan 

Berada satu langkah di belakang rakannya, Salman Khan di tempat kesembilan pelakon paling kaya tahun ini dengan pendapatan US$37 juta (RM151 juta) Antara penyumbang kepada pendapatannya ialah menerusi komitmennya sebagai duta kepada pelbagai produk antaranya Suzuki, Thumbs Up, Revital, Wheel, Relaxo dan Yatra.com.

10. Akshay Kumar

Terlibat dalam empat filem tahun ini melonjakkan nama Akshay Kumar selain meraih pendapatan tetap dengan mengacarakan satu program realiti tv. Akshay turut mengumpul aset dengan bergelar duta motosikal jenama Honda di India dengan menjadikannya bernilai US$35.5 juta (RM145 juta). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button