EventHiburan

Aishah Dinobat Juara Gegar Vaganza Musim Ke-4

Penyanyi Aishah menepati ramalan ramai apabila berjaya dinobatkan sebagai juara di konsert akhir program realiti popular Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang berlangsung di Pinewood Studios, Johor Bahru, malam tadi.

Dalam konsert akhir yang berlangsung, Aishah menewaskan lima peserta yang lain iaitu Liza Hanim, Tia Jinbara, Hazami, Lan Solo dan Firman.

Dengan kemenangan itu, Aishah membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro dan Qu Puteh, sebidang lot tanah banglo sumbangan Bina Megah Empire, pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan  selamatbercuti.com, barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer membeli-belah bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan trofi Gegar Vaganza.

Liza Hanim yang bergelar naib juara berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000, sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Turki, barangan kemas, baucer membeli-belah bernilai RM5,000 dan trofi.

Meraih tempat ketiga, Lan Solo menerima hadiah wang tunai RM30,000, sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Boracay, barangan kemas, baucer membeli-belah bernilai RM4,000 dan trofi.

Hazami pula sekadar berpuas hati di tempat keempat, Firman berada di kedudukan kelima dan tempat keenam menjadi milik Tia Jinbara.

Tempat keempat memenangi wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Jogjakarta, barangan kemas, baucer membeli-belah bernilai RM3,000 dan trofi.

Pemenang tempat kelima dan keenam masing-masing menerima wang tunai RM15,000 dan RM10,000, barangan kemas, baucer membeli-belah RM2,000 dan RM1,000 dan trofi.

Konsert akhir GV4 diadili juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersama dua juri jemputan iaitu Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor serta dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

GV4 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). – KopiPlanet.com

Jumlah Peratusan Markah Peserta
1. Aishah – 81 peratus
2. Liza Hanim – 79 peratus
3. Lan Solo – 70.4 peratus
4. Hazami – 70 peratus
5. Firman – 69 peratus
6. Tia Jinbara – 66 peratus

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button