AntarabangsaHollywood

Sah… Harry, Meghan Kahwin Pada 19 Mei 2018

Setelah lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, Putera Harry dan Meghan Markle secara rasminya telah mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Bagaimanapun, pada kali ini ramai pihak yang memperkatakan tentang tarikh perkahwinan mereka setelah pihak Istana Kensington baru sahaja mengumumkan kedua-duanya akan berkahwin pada 19 Mei 2018 menerusi laman sosial Instagram dan Twitter pihak istana.

“Yang Mulia Putera Harry dan Meghan Markle akan berkahwin pada 19 Mei 2018. Pengumuman yang dibuat turut berkaitan dengan pengesahan lokasi perkahwinan iaitu di St. George Chapel, Windsor Castle,” menurut kenyataan tersebut.

Ternyata perkara ini menjadi berita yang amat dinantikan ramai setelah tarikh perkahwinan Harry dan Meghan menjadi tanda tanya ramai dan pihak kerajaan menentukan bahawa 19 Mei 2018 adalah tarikh yang terbaik.

Ia dirasakan tarikh yang sesuai memandangkan Kate Middleton dijangka akan bersalin pada bulan April 2018. Sekurang-kurangnya isteri kepada Putera William itu mempunyai masa untuk berehat sebelum hadir ke acara adik iparnya itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button