Cerita ArtisHiburan

Farid Kamil Mengaku Tidak Bersalah, Kes Disebut 5 Mac ini

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan mencederakan penjawat awam dan orang awam selain menganggu tugas penjawat awam.

Di atas keempat-empat pertuduhan itu, Farid dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap kesalahan selepas mahkamah membenarkan ikat jamin dikurangkan dari RM5,000 bagi setiap kesalahan.

Kes akan disebut semula 5 Mac ini.

Aktor berusia 37 tahun itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan – KopiPlanet.com

*Info terkini mengenai perbicaraan kes Datuk Farid Kamil

– Farid dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya kira-kira pukul 11.25 pagi.

– Pelakon berkenaan diikat jamin sebanyak RM12,000 dan dijamin oleh adiknya, Fadzil Zahari.

– Terdapat empat pertuduhan yang dikenakan ke atas Farid.

– Setiap pertuduhan dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,000.

– Peguam yang mewakili Farid adalah Athari Baharuddin.

– Sepanjang berada di mahkamah, Farid kelihatan tenang.

Pertuduhan

1. Mencederakan orang awam Ashraf Ahmad di Balai Polis Trafik Kota Damansara

2. Mencederakan anggota polis, Konstabel Muhammad Nizam Jamaludin di balai polis sama

3. Menggunakan kekerasan jenayah sehingga menganggu tugas penjawat awam

4. Berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan yang boleh mendatangkan penghinaan terhadap penjawat awam

– Dakwaan 1 & 2 di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

– Dakwaan 3 bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

– Dakwaan 4 bawah seksyen 90 Akta Polis 1967 membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button