AdvetorialKongsi

Bulan Bintang Peruntukkan Hampir RM200,000 Untuk CSR Menerusi Kempen Sinar Ramadan

Jenama pakaian terkenal, Bulan Bintang memaklumkan pihaknya telah memperuntukkan hampir RM200,000 untuk kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata, tahun 2024 menjadi titik permulaan buat mereka memberikan kelainan di mana pihaknya memberi keutamaan kepada sumbangan kepada orang ramai.

“Tahun ini buat julung-julung kalinya kami membuat CSR secara besar-besaran, di mana sebelun ini kami hanya memberi sumbangan wang ringgit dan ia dilakukan pihak lain. Tema kami tahun ini juga adalah ‘give back to society’ di mana kempen ini dibuat dalam skala sangat besar.

“Menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang, kami telah melakukan CSR bersama OKU cacat penglihatan, ibu tunggal, miskin luar bandar, pelajar dan anak yatim,” ujarnya.

Azzim berkata demikian ketika program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, baru-baru ini.

Turut hadir Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar selaku duta jenama Bulan Bintang  bersama dengan menyediakan bubur lambuk kepada penghuni di sekitar Surau Al Mukmin.

Jelas Azzim atau lebih mesra disapa Meri, jumlah peruntukkan tersebut adalah merangkumi pek bantuan makanan dan baju raya.

Sementara itu, Azzim memberitahu sudah lebih 70 peratus hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta telah dimenangi termasuk kereta, motosikal dan pakej umrah menerusi pembelian produk Bulan Bintang.

Ujarnya lagi, berdasarkan sambutan hangat yang diterima, beberapa pakej umrah telahpun ditambah sebagai memenuhi impian pembeli bertuah.

“Pada mulanya kami cuma sediakan lima pemenang untuk pakej umrah, di mana setiap seorang pemenang boleh membawa pasangan. Namun, sambutan sangat menggalakkan dan perasaan dapat tunaikan umrah itu sesuatu yang sangat berharga, tidak sama seperti menang kereta.

“Jadi, kami tawarkan 10 pakej umrah dan ini bermakna 20 orang akan berpeluang untuk tunaikan ibadah umrah. Harga bagi satu pakej ialah RM12,080 dan menjadikan jumlahnya RM241,600,” katanya.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang mendapat kerjasama bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button