HiburanSelebriti

“April Fool…” – Setelah Teruk Kena Kecam, Aliff Syukri Dedahkan Dia Sebenarnya Tidak Hasilkan Lagu Raya

Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya mengakui bahawa dirinya tidak menghasilkan sebarang lagu raya pada tahun ini seperti yang didedahkan beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Aliff memberitahu video promo lagu raya yang dimuat naik baru-baru ini adalah sekadar gurauan semata-mata sempena April Fool.

“Lagu raya saya tahun ini tak ada pun, saya saja sakat kau orang semua.

“Kepada mak dan isteri saya jangan marah ya dan kepada korang (netizen) semua, April Fool!,” katanya.

Pada masa sama, Aliff sempat memberikan ucapan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi kepada semua peminat dan pengikutnya di media sosial.

“Janganlah serius sangat, hidup ni kena happy je.

“Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Yang baik dari Allah, yang kurang dari saya,” ujarnya.

Sebelum ini, tindakan Aliff memuat naik video muzik ‘Love Raya’ nyanyiannya menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen, termasuk ibunya sendiri iaitu Rozita Ibrahim atau Bonda Rozita.

Muzik video berkenaan juga dianggap tidak bersesuaian dan kurang sopan untuk dipertontonkan terutamanya ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button