Cerita Artis

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Sudah Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adik Ipar Sendiri

Pelakon dan penyanyi popular Bella Astillah mendedahkan suaminya Aliff Aziz berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka.

Bella berkata, apa yang didedahkannya itu bukan sekadar bercakap kosong, malah dia mempunyai segala bukti perbuatan curang berkenaan.

“Yang orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja tapi sebenarnya dia dah curang sebanyak 11 kali. 

“Saya ada bukti dan Aliff tahu mengenai perkara itu,” ujarnya.

Apa yang lebih mengejutkan, Bella tutut mendedahkan suaminya itu turut berlaku curang bersama adiknya sendiri iaitu, Eriqa Astillah.

Lebih memilukan lagi, dia telah bertindak dengan membuang adik sendiri dan memihak kepada Aliff.

“Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya sendiri. 

“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tidak pernah cerita tentang perkara ini tetapi saya terpaksa,” luahnya.

Bella berkata, hubungan mereka dapat dihidu ketika dia dan Aliff mengerjakan umrah pada 2022. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button