Cerita ArtisHiburan

Akui Masih Sayangkan Bella Astillah… Aliff Aziz Tidak Mahu Bercerai, Perlu Masa Buat Keputusan

Pelakon dan penyanyi popular, Aliff Aziz tidak bersetuju untuk bercerai dengan isterinya, Bella Astillah semasa sebutan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menerusi laporan mStar, Aliff selaku defendan kes berkenaan memaklumkan keputusannya itu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat.

“Ini bukan satu keputusan yang boleh saya fikir dalam satu hari (bercerai). Saya perlukan masa.

“Saya tidak bersetuju (bercerai). Saya masih sayangkan Bella,” katanya.

Pelakon kelahiran Singapura itu memberitahu mahkamah, dia masih memerlukan masa sebelum membuat keputusan dan masih sayangkan isterinya itu

Oleh yang demikian, Wan Mohd Najib mengarahkan pasangan berkenaan melalui proses Sulh dan melantik wakil bagi Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah melantik kakak angkatnya sebagai wakil manakala Aliff menamakan ibunya iaitu Siti Hafiza Basharahil.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Jun sebagai sebutan semula kes. Bella diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais manakala Aliff diwakili Hadi Salleh.

Untuk rekod, Bella memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu selepas pelakon dan penyanyi itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button