
Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedihnya apabila Wisma D’Herbs miliknya yang terletak di Seksyen 8, Kota Damansara terpaksa ditutup.
Perkara berkenaan telah dimaklumkan sendiri oleh usahawan berkenaan menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.
“Sedih tapi apakah daya..bangunan ini terpaksa dilepaskan… lokasi kota Damansara seksyen 8 jalan utama bersebelahan dengan bangunan MPPJ . Walau saya tak rela tapi untuk kebaikkan bagi mengembangkan perniagaan saya, saya terpaksa juga lepaskan.
“Alhamdulillah hasil sokongan korang semua dekat papa & mama selama ini, kami bercadang untuk mencari lokasi perniagaan baharu yang boleh menampung jumlah stok kami. Permintaan makin banyak, stok makin bertambah, pekerja pun makin bertambah, demi keselesaan dan bagi memudahkan operasi skala besar pada masa akan datang kami bercadang untuk melepaskan wisma sedia ada ini,” ujarnya.
Pada masa sama, usahawan berkenaan memaklumkan dia akan menjual atau menyewakan bangunan wisma berkenaan kepada mana-mana pihak yang berminat.
“Banyak kenangan saya dan pekerja di Wisma D’Herbs ini, tempat jatuh bangun perniagaan saya tempat ini menjadi saksi. Lokasinya sangat strategik juga berhampiran dengan MRT Kwasa Sentral jalan kaki 3-5 minit sahaja sampai. Banyak cabaran sebagai seorang usahawan ni, untuk kembangkan business kapasiti keluasan pun perlu diambik kira.
“Dulu masa baru pindah di Wisma D’Herbs ini saya rasa cukup besar dah, tak terbayang pula sekarang berkat sokongan kezayangan papa & mama semua kami nak cari lokasi yang lebih besar lagi. Tag dan share kepada rakan anda yang ingin menjalankan perniagaan yang mencari premise baru untuk beroperasi,” ujarnya. – KopiPlanet.com
