
Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa ramai kenalannya yang berhutang dengannya, meskipun dilihat mengamalkan gaya hidup mewah.
Aliff berkata, keadaan berkenaan menyebabkan sekarang ini dia lebih selesa untuk tidak mempunyai ramai rakan-rakan di sekelilingnya.
“Dalam keadaan sekarang ni apabila ramai kawan, ada segelintir kaki hutang. Tak kisahlah yang founder ke, pakai beg Prada ke, beg Gucci ke. Hujung-hujung pinjam duit tapi tak bayar, kita pula yang jadi pengemis.
“Bagi saya, bestfriend saya sekarang adalah isteri saya sahaja. Kalau lepas ni ada yang nak jumpa saya, menteri ke, datuk seri ke… saya dah tak percaya sejak pernah tertipu sebelum ini,” ujarnya.
Jelasnya lagi, ketika ini dia sedang dalam proses untuk menuntut haknya semula yang dianggarkan jumlah keseluruhannya berjumlah RM50 juta.
Ujarnya, dalam keadaan sekarang ini dia juga terpaksa melalui keadaan yang agak sukar, meskipun ramai melihat dirinya hidup dalam keadaan mewah.
“Kalau misalnya ada 50 orang yang datang jumpa nak pinjam duit, semuanya tak akan bayar semula. Zaman sekarang ni, yang beri hutang terpaksa mengemis nak minta hutang.
“Setakat ini saya tak mewar-warkan mengenai perkara tersebut kerana ada yang masih lagi dalam proses mahkamah dan akan ada risiko saman-menyaman,” jelasnya. – KopiPlanet.com
.