
Anak Sulung Kylie Jenner Pecah Rekod Like Di Instagram
Belum cukup berusia satu minggu, namun anak pertama Kylie Jenner dan Travis Scott, Stormi sudah mencipta fenomenanya yang tersendiri di media sosial.
Lima hari selepas Stormi dilahirkan, Kylie telah berkongsikan gambar puterinya itu di laman sosial Instagram sehinggakan foto perkongsiannya itu kini berjaya memecah rekod like paling banyak menerusi medium media sosial tersebut.
Setakat ini, gambar tersebut telah meraih lebih daripada 14 juta like daripada 103 juta pengikutnya dari seluruh dunia. Stormi dilahirkan pada 1 Februari lalu.
Kylie, 20, sebelum ini merahsiakan kehamilannya daripada semua pihak kerana inginkan privasi sepanjang melalui tempoh berbadan dua.
Sebelum ini rekod like paling banyak dipegang oleh bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo ketika dia mengumumkan kelahiran anak keempatnya pada November lalu dengan meraih sebanyak 11.3 juta like.
Beyonce juga pernah mencatat sejarah yang sama apabila mengutip sebanyak 11.2 juta like ketika mengumumkan sedang hamil anak kembarnya, Sir dan Rumi pada Februari tahun lalu. – KopiPlanet.com



