HiburanSelebriti

Dilantik Semula Sebagai CEO Finas, Azmir Mahu Fokus Pada Pindaan Akta Finas, Penambahbaikan Pelaksanaan DPN

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sukacitanya memaklumkan pelantikan semula YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin bin Mutalib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bagi tempoh 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2027.

Dalam kenyataannya, Dato’ Azmir merakamkan penghargaan kepada YB Menteri Komunikasi, YB Timbalan Menteri Komunikasi, YBhg. Dato’ Seri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Pengerusi FINAS serta Ahli-Ahli

Perbadanan FINAS atas kepercayaan dan dukungan yang diberikan. 

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada seluruh warga kerja FINAS dan rakan-rakan industri yang sentiasa berganding bahu sebagai satu pasukan dalam memacu pertumbuhan sektor kreatif negara.

PENEKANAN PENGGAL KEDUA (2025–2027)

Dato’ Azmir menyatakan fokus utama penggal kedua ialah:

1. Pindaan Akta FINAS 1981 (Akta 244)

• Memperkemas perundangan dan tadbir urus industri untuk melindungi kebajikan kru produksi, memodenkan perlesenan dan menyokong model pekerjaan kreatif kontemporari.

2. Pelaksanaan Dasar Perfileman Negara (DFN) 2025–2035

• Menetapkan pelan pembangunan 10 tahun melibatkan:

• Malaysia sebagai Hab Industri Kreatif ASEAN

• Pemerkasaan IP Monetization dan pasaran eksport

• Pembangunan produser & showrunner tempatan

• Kerjasama filem financing + co-production antarabangsa

• Penyelarasan naratif kebangsaan yang progresif

• Kerjasama strategik industri–institusi pendidikan

3. Insentif Galakan Industri Filem Bernilai RM110 Juta

• Sejumlah RM110 juta diperuntukkan untuk menggalakkan penerbit tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.

• Daripada jumlah ini, RM10 juta dikhususkan bagi kandungan berteraskan semangat kenegaraan, bagi memperkukuh jati diri dan identiti nasional melalui medium kreatif.

4. Dana Belia Kreatif MADANI

• Melahirkan generasi pencipta kandungan yang berilmu, bertanggungjawab dan berjiwa patriotik, termasuk sokongan pembangunan bakat kampus dan belia komuniti di seluruh negara.

PENCAPAIAN PENGGAL PERTAMA (2023–2025)

• Pemulihan ekosistem pasca pandemik: FINAS memastikan kelangsungan operasi pawagam dan rantaian perniagaan produksi melalui engagement berstruktur bersama penggiat industri dan pengendali panggung.

• Pertumbuhan kukuh filem tempatan: Kutipan filem tempatan mencatat sekitar

RM180 juta (sehingga Okt 2025) berbanding RM170 juta sepanjang 2024 – 3 tahun berturut-turut filem Malaysia mengatasi filem Hollywood di pasaran tempatan.

• Kejayaan melalui Skim Wajib Tayang & rundingan penerbit–operator panggung: Strategi ini telah meningkatkan kepercayaan penonton terhadap karya tempatan.

• Pengiktirafan antarabangsa: Filem Malaysia seperti Abang Adik, Tiger Stripes, Raintown, Imam dan lain-lain berjaya menembusi festival global, menjadikan Malaysia sebagai sumber sinema berkualiti yang sedang berkembang.

LANDSKAP INDUSTRI 2 TAHUN AKAN DATANG

Malaysia berada dalam kedudukan strategik di rantau ini kerana:

• Ekosistem pawagam kembali stabil dengan potensi pertumbuhan jangka panjang.

• Platform OTT antarabangsa (iQiyi, Viu, Astro, Netflix) terus melabur dalam drama bersiri tempatan dan memanfaatkan insentif FIMI.

• Siri seperti BidaahOne Cent ThiefNenek Si Bongkok Tiga membuktikan pasaran kandungan Malaysia relevan di peringkat global.

• FINAS akan memperkasa Skim Co-Production Antarabangsa serta memperkenalkan Film Financing Model baharu untuk menarik pelaburan serantau dan global.

DEKLARASI BELIA KREATIF ASEAN

Semasa ASEAN Film & TV Summit 2025, Malaysia menyaksikan lahirnya Deklarasi Belia Kreatif ASEAN – komitmen kolektif generasi baharu rantau ini terhadap:

• Integriti kreatif

• Keterangkuman budaya

• Kepelbagaian naratif sinema Asia Tenggara

Deklarasi ini mengangkat Malaysia sebagai pengerak kepimpinan budaya serantau, selari dengan aspirasi Malaysia sebagai hab pertumbuhan industri kreatif ASEAN.

MESEJ KEPADA INDUSTRI

“Ini adalah wajah baharu FINAS. Melalui pindaan Akta FINAS dan penambahbaikan Dasar Perfileman Negara (DFN), FINAS akan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan mesra industri.

Kami akan memperkukuh fasiliti teknologi di Hulu Kelang sebagai pusat kecemerlangan produksi serta memperluas program infrastruktur kandungan di Sabah dan Sarawak untuk membangunkan Borneo Content sebagai jenama strategik Malaysia di peringkat antarabangsa.

FINAS komited untuk merakyatkan dan meletakkan industri filem Malaysia sebagai industri yang dinamik, mampan, inklusif dan diiktiraf di persada global, mencerminkan identiti pelbagai bangsa serta menyumbang kepada perpaduan dan ekonomi negara.” – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button