Cerita ArtisHiburan

Najwa Latif Kini Bergelar Ibu, Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulung Pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga

Penyanyi popular, Najwa Latif kini telah bergelar seorang ibu setelah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 11 November lalu.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh suami Najwa iaitu Akwa Arifin dalam satu posting di akaun Instagram milik mereka berdua.

“Assalamualaikum. Allahumma barik. Alhamdulillah, Najwa and I are overjoyed to share that we’ve been blessed with our little one on 11.11.2025, a date made even more special as it marks our 3rd anniversary.

“Doakan yang baik-baik untuk kami and may all your beautiful prayers for us be returned to you in even greater measure, insyaAllah,” tulisnya. 

Dikurniakan cahaya mata tepat pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga, namun keduanya tidak mendedahkan jantina serta wajah anak mereka.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan pernah mendedahkan mengalami keguguran setelah lima minggu disahkan hamil pada Disember tahun lalu.

Untuk makluman, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button