Cerita ArtisHiburan

Gara-Gara Rambut Merah & Tidak Lancar Berbahasa Indonesia, Tika Bravani Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah

Pelakon popular Indonesia, Tika Bravani mengakui pernah melalui pengalaman pahit sewaktu berada di bangku sekolah menengah apabila menjadi mangsa buli dan dipulaukan rakan-rakan kelas.

Tika berkata,  pengalaman berkenaan mula berlaku sewaktu dia pulang ke Indonesia setelah menetap selama tiga tahun di Australia apabila mengikuti bapanya yang melanjutkan pengajian di negara tersebut.

Kata Tika, serta kekangan bahasa menjadi punca dia dipulaukan rakan-rakan sekolah sehingga memberi kesan kepada kesihatan mentalnya ketika itu.

“Saya pernah dibuli ketika bersekolah menengah kerana perbezaan budaya dan penampilan diri. Ketika itu saya baru pindah dari Australia dengan rambut saya berwarna merah. 

“Selain itu, bahasa Indonesia saya juga tidak begitu lancar dan bahasa Inggeris saya biasa-biasa. Saya akui budaya buli seperti kena umpat dan dipulau rakan sekolah memang boleh mengganggu mental. Saya rasa seperti tidak diterima. Saya tidak mempunyai kawan-kawan di sekolah,” katanya.

Tika berkata demikian ketika ditemui semasa tayangan perdana filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel yang berlangsung baru-baru ini.

Namun begitu, pelakon berkenaan menyifatkan pengalaman menjadi mangsa buli masih berada pada tahap ringan jika dibandingkan dengan kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar masa kini.

“Apa yang saya lalui ini tidaklah terlampau teruk jika nak dibandingkan dengan situasi kes buli sekarang yang lebih serius. Namun saya yakin ramai anak-anak (pelajar) yang dilayan seperti itu di sekolah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tika kini membintangi filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel yang mengangkat kisah benar kes seorang anak muda, David Ozora teruk dibelasah sehingga mengalami koma dalam tempoh yang agak lama.

Mengenai filem berkenaan, Tika mengakui dia mengikuti rapat kes berkenaan sejak awal dan sebagai seorang ibu, kisah itu memberi kesan emosi yang mendalam terhadap dirinya.

“Saya memang mengikuti kes ini sejak awal, sebagai ibu saya turut merasakan kesakitan itu. Anak yang dibesarkan oleh ibu bapanya dengan mudah dianiaya seperti tidak ada harga. 

“Saya sebenarnya takut untuk berlakon dalam filem ini kerana naskhah Anggy (pengarah) sebelum ini sering melibatkan pihak berkuasa jadi saya tidak mahu berdepan dengan urusan undang-undang di kemudian hari. 

“Namun bila difikirkan semula filem ini penting untuk dijayakan kerana saya akan rasa bangga dapat menyumbang kesedaran terhadap isu gejala buli ini,” katanya. 

Selain Tika, filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel turut dibintangi barisan pelakon seperti Chicco Jerikho, Annisa Kaila, Muzzakki Ramdhan, Erdin Werdrayana dan Rizky Hanggono dan bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 22 Januari ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button