EventHiburan

Aliff Syukri Anjur Majlis Berbuka Puasa, Lancar Lagu Raya Bersama Isteri & Anak

D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd hari ini menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama kakitangan dan ejen yang bernaung dibawah syarikat tersebut sebagai tanda penghargaan kepada semua tenaga kerja dan pemegang taruh yang bersama-sama menjadi tulang belakang syarikat.

Selain daripada sesi berbuka, Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif syarikat tersebut iaitu Dato’ Sri Aliff Syukri & Datin Sri Nur Shahida turut menyampaikan bonus kepada kakitangan syarikat sebagai insentif dan penghargaan daripada pihak syarikat bagi memberi keceriaan menjelang sambutan aidilfitri.

Turut dalam majlis yang sama, fenomena lagu raya trending 2026 yang mengungguli carta nombor satu tontotan tertinggi di platform Youtube iaitu Mama Papa Raya juga dilancarkan.

Kelainan lagu raya yang berkonsep kekeluargaan kali ini berjaya menarik minat semua lapisan masyarakat untuk menonton dan mendapat maklum balas positif dalam kalangan netizen di media sosial.

Selain Dato’ Sri Aliff Syukri, penampilan dan nyanyian Datin Sri Nur Shahida, Ammar Ahyan, Qadejah dalam lagu kali ini menambah ceria suasana lagu.

Tidak cukup dengan lagu raya, tahun ini Dato’ Sri Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Papa Laris juga mengeluarkan filem pendek iklan raya D’Herbs yang diadaptasi daripada kisah benar kehidupan beliau semasa kecil.

‘Ya, Ayah Saya Security’ yang menjadi judul filem pendek ini memaparkan kisah hidup Aliff Syukri sewaktu kanak-kanak yang malu mempunyai seorang ayah bekerja sebagai security.

Namun, disebalik kesusahan yang dihadapi semasa kecil menjadi turning point kepada kehidupan beliau untuk berjaya sehingga hari ini.

Dato’ Sri Aliff Syukri & Datin Sri Nur Shahida turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan setia D’Herbs yang sentiasa menyokong perniagaan mereka.

Dalam masa yang sama mereka turut mempromosikan Jualan 72 Jam tanpa henti di Wisma D’Herbs bermula 13 – 15 Mac 2026.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara yang turut diserikan dengan kehadiran artis yang membuat persembahan seperti Wany Hasrita, Iman Troy, Zaki Yamani, Amad Dayyan, Merah, Hadie dan ramai lagi.

Tawaran promosi minggu akhir sebelum menyambut lebaran, Wisma D’Herbs menjanjikan promosi jualan dengan harga runtuh sempena promosi kali ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button