Cerita ArtisHiburan
Pelakon Veteran Popular, Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur
Pelakon veteran popular, Jalil Hamid disahkan telah meninggal dunia pada tengah hari tadi dalam keadaan sedang tidur kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.
Pemergian pelakon berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh anaknya, Afiqah Jalil menerusi perkongsian di akaun Instagram Story miliknya.
“Ayah saya telah meninggal dunia pada 12.30 tengah hari tadi dalam tidur. Pagi tadi dia bangun untuk solat Subuh, kemudian tidur semula.
“Apabila mak cuba mengejutkannya tengah hari, dia sudah tidak sedarkan diri,” ujarnya.
Menurut Afiqah, arwah ayahnya juga ada berdepan dengan masalah kesihatan apabila mengalami jantung bengkak.
“Sola jenazah di Masjid Al Munawwarah, dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan USJ 21,” ujarnya. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1



