Cerita ArtisHiburan

Ernie Zakri & Syamel Mahu Kekal Sebagai Rakan Duet

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32), Ernie Zakri dan Syamel akan terus kekal sebagai rakan duet sekiranya ada lagu yang bersesuaian dengan mereka di masa akan datang.

Menerusi persembahan lagu Aku Cinta di pentas berpestij itu pada Ahad lalu, Ernie dan Syamel telah mencetuskan fenomena di kalangan penonton sehingga mereka kini digelar power couple dalam bidang nyanyian.

“Kalau kena pada lagu dan masa serta Syamel sudi untuk berduet lagi, saya okey sahaja,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Nyanyian Ernie atau nama sebenarnya, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 26, pada malam itu disifatkan paling cemerlang oleh ketua juri, Azmeer apabila beliau dan kesemua juri tidak dapat mencari kesalahan dari segi vokal gadis berbadan genit itu.

“Vokal Ernie sangat cemerlang pada malam itu. Langsung tiada cacat cela, pitch perfect! Semua juri sepakat menobatkan Ernie dan Syamel dengan anugerah Vokal Terbaik disebabkan persembahan luar biasa yang dipersembahkan mereka,” kata Azmeer.

Sementara itu, Syamel yang merupakan komposer lagu Aku Cinta menyifatkan Ernie seorang rakan duet yang sangat memberikan sepenuh komitmen.

“Sebelum pertandingan, kami mengambil pendekatan tidak mahu melihat persembahan penyanyi lain sebab tak nak perasaan gemuruh menyelubungi kami. Jadi kami teruskan dengan rancangan tersebut.

“Bagi saya pula, bila tengok wajah Ernie, ia dah cukup berikan feel untuk membawakan lagu Aku Cinta dengan lebih baik,” katanya.

Dengan kemenangan itu, Ernie dan Syamel meraih hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 berserta trofi.

Lagu Jampi nyanyian dan ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong telah dinobatkan sebagai Juara Lagu tahun ini. Tempat kedua pula menjadi milik lagu Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chen yang dipersembahkan oleh Azmi Caliph Buskers. Tergantung Sepi di tempat ketiga pula merupakan hasil ciptaan Ibnu dan Ghuffran yang dilantunkan penyanyi muda, Haqiem Rusli. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button