AntarabangsaKpop

Peminat Teruja Isaac In2it Nyanyi Lagu Gemilang Jaclyn Victor

Seorang bintang K-Pop menjadi tular disebabkan kefasihannya berbahasa Melayu menyanyikan lagu hits Jaclyn Victor berjudul Gemilang ketika kumpulannya, In2it mengadakan satu showcase di Malaysia, baru-baru ini.

Rupa-rupanya selepas diselidiki, Isaac dari kumpulan In2it itu merupakan warganegara Malaysia dari Sabah yang sudah pun berhijrah ke Korea Selatan bagi memulakan kerjaya seninya di sana.

Peminat K-Pop di Malaysia semuanya cukup teruja apabila Isaac atau nama sebenarnya, Isaac Voo Kai Meng menyanyikan lagu tersebut malah memuji dirinya yang masih lagi boleh berbahasa Melayu walaupun sudah menetap di negara Kimchi itu.

Selain Isaac, In2it turut dianggotai tujuh orang ahli lain termasuk Jiahn, Yeontae, Inho, Hyunuk,Jinsub, Sunhyun dan Inpyo.

Walaupun ini merupakan showcase pertama mereka di sini, namun kebanyakan ahli kumpulan itu berasa cukup teruja dapat menghiburkan peminat mereka di sini.

“Kami banyak dengar mengenai Malaysia daripada Isaac. Ia satu penghormatan apabila akhirnya dapat berjumpa dengan peminat kami di sini,” kata Inpyo mewakili rakan-rakannya.

Selain Malaysia, In2it Asia Showcase Carpe Diem turut berlangsung di Singapura dan Indonesia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
8
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button